HIKMAH YANG TIDAK BERNOTA
Buku yang berjudul “Hikmah yang Tidak Bernota” ini adalah dari hasil pengamatan yang mendalam dan menarik tentang hikmah yang tersirat pada sisi- sisi pengkisahan buku dan pengalaman hidup. Hikmah itu mungkin tentang pengajaran, rahsia yang terkandung dan tersembunyi di sebalik sesuatu peristiwa, musibah atau suratan takdir dan tidak dinyatakan atau dapat dibaca oleh hati secara langsung. Penulisan buku ini menutup sebentar tanggapan buruk pembaca terhadap musibah hidup. Hikmah yang tersirat di dalam kejadian jika diamati di luar kotak fikiran, bahawa segala kejadian sukar dan senang lebih kepada memberi pesanan. Kemujuran kejadian melepaskan kita dari kejadian yang memudaratkan.
Currently No Review