Jejak Warisan Johor ke Rikkyo : RICHER Penghubung Budaya Dua Negara
Jejak Warisan Johor ke Rikkyo — RICHER: Penghubung Budaya Dua Negara merakam perjalanan membawa sejarah dan warisan Johor ke pentas perkongsian ilmu di Universiti Rikkyo, Jepun, melalui projek Research & Innovation for Culture & Heritage Johor (RICHER). Berdasarkan pengalaman dan refleksi penulis, ebook ini mengetengahkan usaha memperkenalkan kisah Pertempuran Parit Sulong serta sejarah perlombongan bijih besi di Sri Medan. Pertemuan dan pertukaran idea membuka ruang kerjasama merentas bahasa, budaya dan sempadan, sekali gus mempererat hubungan Malaysia dan Jepun.
Currently No Review